Sunday, August 16, 2009

Ancaman Toksin Tuala Wanita

Keratan Akhbar: Tuala Wanita Ancaman kesihatan dalam diam









Adakah Anda tahu?

Jika seseorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupnya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimana jangkitan faraj yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim dan penyakit yang sewaktu dengannya boleh berlaku?


Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:

* Melemahkan sistem imun.

* Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.

* Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.

* Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil).

Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.

Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.


DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK BAHAN KIMIA

Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya).

Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat didalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet haus di dalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang.) Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.




















0 comments:

Post a Comment