Sunday, August 16, 2009

Fakta Penting Tuala Wanita

Fakta Penting Tuala Wanita

Sebagai seorang wanita dan pengguna kepada produk ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua wanita-wanita di luar sana. Ini adalah kerana 80% wanita di luar sana menggunakan produk tuala wanita/pad wanita atau masih kekal dengan produk pad wanita yang diperbuat dari bahan-bahan kitar semula atau 'SURAT KHABAR LAMA'. Surat khabar lama ini terkandung dalam lapisan dalam tuala wanita. Ia berwarna putih setelah melalui beberapa kali proses pelunturan secara kimia. Mahukah produk sebegini kita gunakan untuk dipakai di tempat alat sulit kita untuk sepanjang tempoh haid? Mesti tidak kan.
Tahukah anda bahawa setiap tuala wanita juga mempunyai TARIKH LUPUT seperti makanan? Sebab itu, jika kita biasa terjumpa tuala - tuala wanita yang dijual secara beli satu percuma satu atau pembelian yang dikepilkan bersama dua paket, ini adalah kerana tuala-tuala wanita ini telah pun menghampiri tarikh luput. Sedangkan kita sebagai pengguna, sudah tentu akan tertarik dengan promosi ini tanpa memikirkan sebaliknya.
Selain daripada itu, pernahkan kita terfikir bahawa gam yang digunakan untuk melekatkan tuala wanita pada seluar dalam adalah merupakan GAM INDUSTRI? Gam yang paling murah. Ia tidak akan tanggal walaupun seluar dalam itu telah dibasuh. Jika tidak percaya, cuba letakkan tisu pada seluar dalam yang sudah dibasuh. Sudah pasti tisu akan tertinggal pada seluar dalam itu.
Tuala-tuala wanita lain juga tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Seperti yang kita selalu dengar, lampin bayi perlu mempunyai pengudaraan yang baik. Konsep yang sama diperlukan untuk tuala wanita. Haid yang dikeluarkan dari rahim bersifat panas. Oleh sebab itu, kita memerlukan tuala wanita yang mempunyai pengudaraan yang baik. Tuan puan boleh mencuba ujikaji ini di rumah. Letakkan satu gelas air suam, kemudian ditutup dengan tuala wanita yang berkedudukan pelekat di atas. Letakkan satu gelas yang berwarna jernih untuk melihat samada terdapat pengudaraan yang baik atau tidak. Saya biasa mendengar keluhan rakan-rakan yang mengadu gatal ditempat sulit apabila berada dalam tempoh haid. Ini adalah kerana tuala wanita yang mereka gunakan tidak boleh 'BERNAFAS'
Plastik pembungkusan tuala wanita juga perlu diambil kira. Adakah kita prihatin tentang itu? Selalunya kita akan biarkan paket yang dibuka terdedah begitu sahaja. Adakah kita begitu pasti tuala wanita berkenaan tidak tercemar dengan unsur-unsur lain? Sudah tentu tidak.
Salah satu contoh terbaik yang boleh saya bandingkan di sini merupakan jenama terkenal dan banyak digunakan oleh wanita Malaysia. Saya pasti anda dapat meneka apakah jenama tersebut. Pernahkah kita sebagai orang islam memikirkan bahawa produk itu halal digunakan? Adakah terdapat tanda halal pada bungkusannya? Fikir-fikirkanlah.
Sememangnya sukar untuk kita mengubah persepsi wanita berkenaan produk tuala wanita yang biasa mereka gunakan. Sehinggalah kita mula mengesan sesuatu yang tidak kena pada rahim kita, barulah kita kelam kabut untuk mengubatinya. Pada waktu ini, duit banyak pun sudah tidak berguna lagi. Oleh yang demikian, ikutlah pepatah melayu, lebih baik kita mencegah daripada kita mengubatinya.

0 comments:

Post a Comment